Powered By Blogger

Tuesday 29 November 2011

Petua Khusyuk dalam Solat


  • menjaga makan dan minum - pastikan ianya diambil dari sumber yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang syubahat.
  • membanyakkan sedekah terutama pada fakir miskin
  • jangan menahan buangan air besar @ kecil sebaliknya hendaklah diselesaikan dahulu hajat itu
  • mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua anggota yang wajib serta membaca doa apabila air melalui tiap-tiap anggota itu
  • memakai pakaian yang bersih lagi kemas serta bau-bauan diharuskan
  • sentiasa solat di awal waktu
  • memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh mengganggu fikiran dan hati
  • banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya
  • menyedari hakikat bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia hambanya
  • menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat segala gerak geri kita
  • cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Quran dan segala zikir
  • sebelum mengangkat takbiratul ihram hendaklah membaca surah An-Nas, selawat ke atas Nabi saw, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan
  • menumpukan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan @ berpaling semasa dalam sembahyang
  • memusatkan seluruh ingatan pada sembahyang dan melambatkan bacaan tasbih semasa dalam ruku' dan sujud
  • memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan @ persekitaran sembahyang

Saturday 19 November 2011

UBAT HATI!!


Lelaki Soleh Menurut Al-Quran dan Hadis

Dunia sekarang yang penuh pancaroba ni susah nak cari lelaki yang betul-betul boleh bimbing kita utk ke akhirat. Sedikit yang dapat dikongsi dari tazkirah maghrib di universiti
  • sentiasa TAAT kepada Allah swt dan Rasulullah saw
  • JIHAD fisabilillah adalah MATLAMAT dan program hidupnya
  • MATI SYAHID adalah cita-cita hidup yang tertinggi
  • SABAR dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah swt
  • IKHLAS dalam beramal
  • KAMPUNG AKHIRAT menjadi tujuan utama hidupnya
  • sangat TAKUT kepada ujian Allah dan ancamanNya
  • selalu memohon AMPUN atas segala dosa-dosanya
  • ZUHUD dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya
  • SOLAT malam menjadi KEBIASAANNYA
  • TAWAKKAL penuh kepada Allah swt dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
  • selalu BERINFAQ sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit
  • menerapkan NILAI KASIH SAYANG sesama MUKMIN dan UKHWAH di kalangan mereka
  • sangat kuat AMAR MAKRUF dan NAHI MUNGKARnya
  • sangat kuat memegang AMANAH janji dan RAHSIA
  • PEMAAF dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia dan sentiasa saling MENGINGATI sesama saudar dan TAWADU' kepadaNya
  • KASIH SAYANG dan PENUH PENGERTIAN kepada ibu bapa dan keluarga

Cara-cara mendalamkan lagi rasa PERSAUDARAAN

Rujukan: Ukhwah Islamiyyah (Persaudaraan Islam) 
oleh: Abdullah Nasih Ulwan

1. sekiranya seseorang itu menyukai saudaranya, beritahulah kepadanya
 Riwayat Abu Daud dan Tarmizi
 Nabi bersabda: 
 " apabila seseorang dari kalangan kamu yang menyukai saudaranya, beritahulah dia perkara tersebut,"

2. apabila berpisah, mintalah saudaranya mendoakan untuknya
 Riwayat Abu Daud dan Tarmizi
 Umar bin Al-Khattab r.a berkata:
 " satu ketika saya telah meminta izin daripada Nabi s.a.w untuk pergi mengerjakan umrah. Nabi mengizinkan saya dan bersabda: jangan lupa mendoakan kami."
 
Kata saidina Umar:
 "Itulah dia kalimat yang cukup bahagia saya mendengarnya".

3. bermanis muka apabila berjumpa
 Riwayat Imam Muslim daripada Abu Dzar r.a
 Rasulullah s.a.w bersabda:
 "janganlah kamu meremeh-remehkan perkara yang makruf meskipun sekadar bermanis muka apabila berjumpa dengan saudaranya". 

4. bersalam apabila berjumpa
 Riwayat Abu Daud daripada al-Barra' r.a
 Nabi s.a.w bersabda:
 "apabila dua orang Islam bertemu lalu bersalam-salaman, akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah".

5. sentiasa ziarah-menziarahi
 Riwayat Imam Malik dalam kitab al-Muwatta'
 Nabi s.a.w bersabda"
 "orang yang berkasih kerana-Ku, bersama-sama kerana-Ku dan membelanjakan harta kerana-Ku usdah tentu memperoleh kasih sayang-Ku". 

6. mengucapkan tahniah sempena memperolehi kejayaan
 Riwayat Al-Tabrani daripada Anas bin Malik r.a
 Nabi s.a.w bersabda:
 "sesiapa yang menemui saudaranya semata-mata untuk menggembirakannya, Allah akan menggembirakannya pula di hari kiamat nanti".

7. memberi hadiah sempena dengan sesuatu majlis tertentu
 Riwayat ad-Dailami daripada Anas bin Malik r.a
 Aisyah r.a berkata:
 "berilah hadiah, sudah tentu kamu akan saling menyayangi".

8. tolong menunaikan hajatnya
 Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a 
 Nabi s.a.w bersabda:
" sesiapa yang melepaskan seorang mukmin dari kesempitan di dunia, Allah akan melepaskan kesempitannya di hari akhirat dan sesiapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkan hidupnya di dunia dan di akhirat. Allah akan menolong hamba-Nya selagi hamba-Nya itu menolong saudaranya". 

sahabat sejati sukar dicari dan di tukar ganti!!

p/s: sayangilah sahabatmu melebihi sayangmu pada diri sendiri =)

Sunday 13 November 2011

ViRuS UkhWah



- tamak akan kenikmatan dunia
-lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama
-tidak santun dalam berbicara
-sikap acuh
-mengadakan pembicaraan rahsia (Cakap belakang)
-keras kepala, enggan menerima nasihat dan saranan
-sering membantah, berbeza sikap dan hobi, bersikap sombong dan kasar
-memberi teguran di depan orang lain
-sering menegur, tidak toleran, berfikiran negatif dan enggan memaafkan
-mudah percaya terhadap hasutan orang yang mengadu domba dan memendam dengki

Tuesday 18 October 2011

oVerComiNg StreSs- mY wAy

Penat!!! banyaknye assignment!!! Stress...........
perkara ni selalu berlaku pada kita dalam kehidupan seharian... 
susah sebenarnya nak mencari jalan keluar yang memuaskan hati masing-masing.

Semua dengan cara tersendiri..

ada yang makan coklat...katanya boleh hilang stress...
(erm...dah try tapi makin stress adalah..bila banyak makan manis-manis ni, boleh jadi hyperaktif sehari suntuk....at the end of the day....stress assignment x buat apa-apa lagi...sibuk makan coklat jer..hehe =) 

ada juga yang kena makan banyak-banyak...katanya seolah-olah kita telan sekali semua masalah kita masa makan...ye ke???
( dah try juga...tapi x la sampai hilang semua masalah..cuma sebab dah terlampau kenyang, cepat mengantuk...so jawabnye tidur je la.......esok bangun, makin tambah stress sebab berat badan NAIK...8-)

banyak lagi cara lain boleh pakai...

bagi perempuan, kebanyakannya kalau nak hilangkan stress, mesti g shopping...memang ada yang berjaya overcome stress nya...tp cara ni x berjaya dipakai oleh saya. buat apa shopping barang yang bukan keperluan....membazir..hehe

antara cara-cara yang saya cuba dan berhasil-

1) macam juga kalau waktu marah....kalau tengah duduk saya akan berdiri. kalau tengah berdiri saya akan duduk.

2) ambil wuduk sesempurna mungkin. masa berwuduk tu doa bagi Allah permudahkan segala amal perbuatan kita

3) buat larian sedikit....
kadang-kadang kita terlampau lama duduk menghadap assignment. lupa nak penuhi keperluan jasmani kita.(buat 2-3 kali pusingan pun ok)

4) don't hide your problem...
sesetengah orang sangat susah nak share perasaan dia dengan orang lain...bahaya juga kalau terlampau memendam....cari seseorang yang boleh dipercayai dan juga pendengar yang baik untuk luahkan isi hati.(x semestinya kena orang yang pandai nasihat...pendengar yang baik pun dah ok)

5) perkara ni selalu berlaku pada orang yang study hard...kadang-kadang kita kena ubah sikit karakter kita sesuai keadaan. STUDY SMART is better than remembering every single word in the book- kata-kata seorang lecturer di university...hihihi
cuba ubah cara belajar kita...dah cuba...alhamdulillah berjaya..x payah hafal sangat fakta-fakta. bila buat note pelbagaikan kaedah...

6) sentiasa SENYUM- biasakan diri dengan senyuman walaupun hati kita sedang gundah. Senyum adalah titik pemula sesebuah jati diri...kita akan develop self-esteem bila kita selalu hadapi masalah dengan senyuman...secara x langsung stress kita akan kurang...

7) paling penting, jaga HdA-hubungan dengan Allah....istighfar setiap kali baru nak mula buat assignment atau apa-apa kerja...insya Allah ada berkatnya.

p/s: jangan tunggu sampai tahap depression....bahaya...orang yang waras pun boleh fikir nak bunuh diri...ada kes teman sendiri hampir-hampir nak telan sebotol minyak cap kapak sebab dah x tahan banyak assignment dan lose hope untuk hidup. Alhamdulillah, dia masih waras dan x lupa sembahyang. 

Benarlah firman Allah dalam Quran,

"...dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang".

Thursday 29 September 2011

Ternyata kita hanya Pinjaman

Coretan rasa hati yang sedikit terkilan kerana tidak berada di samping sahabat tercinta, Izyan Syazwani saat berduka.

Selasa lalu, 27 September  saya bersama seorang sahabat yang dikasihi kerana Allah sempat ziarah ke Hospital Ampang Puteri. Masya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu macam mana rasa dalam hati ni bila lihat ayah Izyan koma (sakit stroke) dalam wad ICU. Mungkin juga kerana ini adalah pertama kali melawat orang sakit, hati rasa sayu sangat. Hanya boleh berdoa supaya Allah berikan yang terbaik untuk ayahnya.Diluar ICU, kaum keluarga Izyan setia menanti.Adiknya yang bongsu masih kecil dan tidak begitu mengerti apa yang sedang terjadi. Sewaktu di sana, adiknya masih boleh berlari dan bermain dengan begitu gembira. Subhanallah....Mulianya ketetapan Allah.Allah menjadikan hati si kecil bersih tanpa ada rasa was-was dan bimbang. Tidak dapat saya bayangkan saat dia tahu ayahnya sudah dijemput terlebih dahulu.

Ternyata ziarah ke rumah sakit boleh memberi seribu pengertian dan penginsafan dalam jiwa. Buktinya, sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata dan hanya boleh menitipkan doa sahaja dari jauh. Tidak mungkin akan saya lupakan saat berada di hospital hari itu. 

Menurut Izyan, selepas pembedahan membuang sebahagian tengkorak kanan untuk mengurangkan tekanan akibat massive stroke, ayahnya terus koma.Doktor terpaksa memasang life support machine untuk membantu pernafasan. Dalam tempoh 48 jam jika ayahnya masih tidak memberi respon, mesin itu akan dicabut. Doktor juga memberitahu peluang untuk hidup sangat tipis. Kalau diizinkan hidup, akan lumpuh seumur hidup.

Tidak lega dari kejutan ziarah seribu makna ini, saya mendapat berita ayahnya telah kembali kerahmatullah jam 4.40 pagi hari rabu 28 september bersamaan 30 Syawal. Innalillahiwainna ilai hiraji'un. Meskipun tempoh 48 jam yang dianggarkan masih jauh, kita tidak dapat menolak takdir yang sudah tertulis. Ternyata sesayang mana pun kita pada seseorang, kita harus ingat ada yang lebih menyayangi mereka. Manusia hanya bisa berusaha dan berdoa. Natijahnya hanya Allah yang tahu.

Tamparan ini saya rasakan begitu kuat sehingga saya insomnia sampai ke hari ini. Kalau saya yang sebagai orang luar sudah begini, bagaimana agaknya sahabat saya itu. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah ayahnya dan menempatkan beliau di sisi orang-orang yang beriman. 

Buat Izyan sekeluarga,

tabahkanlah hati kalian. sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Pastinya Allah sudah menyediakan hadiah terbaik untuk awak sekeluarga.  Maaf kerana tidak berada di samping awak menemani kala ini.

Wednesday 21 September 2011

Sifat Sahabat yang Terpuji


Alhamdulillah dalam kesibukan belajar dan membuat assignment ni, ada sedikit masa dapat dicuri untuk meng'post' dan meng'update'blog. Ilmu yang sedikit ni dikongsi dari pembacaan sebuah buku Panduan Membuat Pilihan oleh Muhammad Isa Selamat. Hopefully, ada faedah yang dapat diraih bersama, Insya Allah...

Erti kata seorang sahabat itu adalah:

1. Apabila ia melayani kamu, tentu juga ia melindungi kamu
2. Apabila ia kamu jadikan sebagai sahabatmu, sudah tentu ia akan menjadi hiasan bagi dirimu
3. Apabila kamu berada dalam kekurangan, sudah tentu ia suka membantumu kalau ia orang yang mampu
4. Bersahabatlah kepada seseorang yang apabila kamu menghulurkan tanganmu untuk memberi bantuan kepadanya, ia akan terharu dan akan membalas jasa baik kamu itu pada saat kamu memerlukannya
5. Apabila ia melihat suatu kebaikan dari dirimu, tentu ia menganggapnya sangat besar dan berguna
6. Apabila ia mengetahui keburukan dari dirimu, tentu ia akan menutupinya atau memberi nasihat kepada dirimu
7. Pilihlah sahabat yang apabila kamu meminta sesuatu kepada dirinya, maka dengan mudah ia akan memberikannya
8. Apabila kamu berdiam diri, iaitu tidak mengajaknya berbicara, maka dengan segera ia memulai perbicaraan denganmu
9. Apabila kamu ditimpa suatu musibah, maka dengan segera ia menghiburmu
10. Bersahabatlah dengan orang yang apabila kamu berkata-kata, sudah tentu ia akan membenarkannya kalau dirasakan kebenarannya, begitu juga sebaliknya.Jadi bukan orang yang sentiasa mempercayai atau selalu membetulkan sahaja kata-katamu
11. Apabila kamu menghadapi suatu permasalahan, dan berusaha untuk menyelesaikan permasalahanmu itu, maka dengan segera ia ikut membantu.


P/s: jom ramai2 kita ikhlaskan dan betulkan semula niat kita dalam bersahabat!!

Tuesday 20 September 2011

Tips Cemerlang Akademik dari Al-Quran




Sebagai seorang muslim, seharusnya kita mengikut kaedah yang terbaik dari sumber Islam. Tips ini saya kongsikan dari penceramah yang juga seorang lecturer di UKM. Kalau ada yang mengenali beliau lebih dikenali sebagai Dr Azizan.

Dari ceramah beliau, jelas disimpulkan sesiapa yang mengikut Al-Quran (sbg manual lengkap seorang Muslim), ia akan mencapai kecemerlangan hakiki. Ini adalah 8 Tips Cemerlang dari Al-Quran yang dapat di ekstrak dr penyampainya.
  • perlunya hati yang bersih (boleh diperoleh dengan menajauhi maksiat)
  • ikhlas (tidak meniru/cut paste..hehe-selalu dibuat student)
  • belajar sebagai satu ibadah
  • perancangan yang rapi
  • belajar zikir dan fikir
  • menjaga syara'
  • bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu
  • dinamik - ada sifat dalaman yang TINGGI, IMEJ POSITIF, SAHSIAH DAN AKHLAK, JIHAD DAN MUJAHADAH, MENYERTAI ORGANISASI ( organisasi dakwah dan qudwah)

Khadijah di mata Rasulullah

Baru-baru ni ada berkongsi pendapat dan cerita dari seorang adik yang dikasihi kerana Allah berkaitan sirah Siti Khadijah. Seperti yang sedia maklum, Siti Khadijah adalah isteri pertama Rasulullah s.a.w. Tergerak hati nak berkongsi sedikit tentang siapa Khadijah di sisi Rasulullah s.a.w.

10 Kelebihan Khadijah lebih dari Isteri2 Rasulullah yang lain:

  • Khadijah merupakan isteri pertama dan kekasih hati Rasulullah
  • Sepanjang Khadijah masih hidup, Rasulullah tidak pernah memadukannya
  • Rasulullah tidak pernah mengambil hamba selama Khadijah masih hidup
  • Merupakan satu-satunya isteri yang memberi zuriat kepada Rasulullah
  • Sepanjang berkahwin, Rasulullah tidak pernah marah
  • Insan pertama mendirikan solat bersama nabi
  • Wanita pertama mendapat jaminan syurga
  • Wanita pertama mendapat salam daripada Allah
  • Wanita pertama termasuk dalam golongan siddiq
  • Orang pertama yang kuburnya diuruskan sendiri oleh Rasulullah
p/s: lps sharing moment ni...dgn tiba-tiba je rasa cemburu meruak-ruak dengan Khadijah. Mulianya apabila kita dimuliakan oleh insan yang dimuliakan Allah...Adakah kita tergolong dalam kelompok yang sama????

Friday 9 September 2011

Amal yang ikhlas??

Imam Nawawi ada menyebut amal yang ikhlas itu ada 3 jenis:

( IBADAH HAMBA)
- amal yang dilakukan kerana takut kepada Allah 

(IBADAH SAUDAGAR)
-amal yang dilakukan untuk mendapat syurga dan pahala

 (IBADAH YANG MERDEKA)
-amal yang dilakukan kerana malu kepada Allah dan untuk menunjukkan kesyukuran

Friday 2 September 2011

3 GOLONGAN YANG DISUMPAH DAN DIPEGANG JANJINYA

Sedikit selingan dari penyampaian Ustaz Darus Senawi murabbi yang saya hormati. Ia sekadar ingatan dan galakan kepada semua Muslim supaya rajin mengerjakan kebaikan dalam apa jua keadaan.

  • tidak akan kurang harta orang yang bersedekah kecuali akan bertambah.
         Allah akan menambah rezeki kepada orang yang bersedekah kerana-Nya. Barangsiapa yang membantu agama Allah, Allah akan membantunya dalam apa jua situasi.
  • tidak ada satu kezaliman pada seorang hamba kecuali Allah akan menambah kemuliaan padanya ('Izzah).
        Allah menggalakkan hambanya untuk berbuat kebaikan dan menghindari kemungkaran. Walaupun kadang-kadang Allah menguji seseorang hambanya dengan pelbagai musibah, ia sebenarnya adalah untuk menguji tahap kesabaran hambanya. Apabila hambanya bersabar, maka Allah akan menambah kebaikan kepadanya.
  • tiada seorang hamba itu meminta sedekah dari orang lain melainkan Allah akan membuka pintu kemiskinan padanya.
       Allah melarang hambanya daripada meminta sedekah kerana ia ibarat menjual maruah dan diri mereka sewenangnya.

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti khadijah,
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.


Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat kepada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga.


Ketika aku marah,
Ingin aku intip serpihan sabar,
Dari catatan hidup Siti Sarah.


Tabah jiwaku,
Setabah ummi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.


Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.

Trust yourself

Sekadar perkongsian. Kata-kata ni saya dapat dalam 1 buku yang kebetulan saya baca masa tengah bercuti raya di kampung. Ia adalah kata-kata rangsangan daripada seorang penulis dari barat (kalau x silap). Namanya Martevick. Kata-kata beliau ni seperti galakan utk saya supaya percaya dan yakin pada diri.

If you think you are beaten, you are.
If you think you dare not, you don't.
If you like to win, but you think you can't,
It is almost certain you won't.
If you think you'll lose, you are lost.
For out of the world we find,
Success begins with a fellow's will.
It is all in the state of mind.
If you think you are outclassed, you are.
You have got to think high to rise.
You have got to be sure of yourself before you can ever win a prize.
Life's battles don't always go to the stronger or faster man, 
but soon or late,
the man who wins is the man who think he can.

Thursday 21 July 2011

Siapakah Pelindungmu?

Sedikit coretan yg ingin dikongsi bersama dr murabbi tersayang sewaktu sekolah....

WAHAI DIRI, KEPADA SIAPA KAMU AKAN MEMINTA PERLINDUNGAN, KEPADA SIAPA KAMU AKAN MEMINTA PERTOLONGAN?

Orang yg memohon perlindungan kepada Allah bererti dia memohon kepada Allah agar menjaganya dr segala kejahatan, kelemahan, kekurangan, ancaman, bahaya dan semua perkara yg ditakuti.

Apabila kita memohon perlindungan Allah, itu ertinya kita meminta penjagaanNya serta bersandar dan percaya kepada Allah.

Jadi, orang yg berlindung kepada Allah samalah seperti orang yg berpegang teguh kepada tali Allah yg sangat kukuh. 

" Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari dosa-dosa dan kejahatan diriku, dari kesesatan dan kebodohan diriku dan aku berlindung dari kemurkaanMu dzat yg Maha Pengasih". 

Rasulullah s.a.w bersabda:

Barangsiapa yang meminta perlindungan Allah dari godaan syaitan yg terkutuk sepuluh kali dalam sehari, maka Allah menugaskan satu malaikat untuknya yang akan mengusir keburukan syaitan darinya sebagaimana unta yang digiring ke telaga.

Daripada hadis ini dijelaskan bahawa jika Allah mengkehendaki sesuatu keburukan kepada hambaNya, maka Dia akan membiarkan syaitan menguasainya. Syaitan itu akan menjauhkan hamba tersebut dari kepatuhan dan membuatnya senang mengerjakan perbuatan ahli neraka.

Diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w bahawa beliau bersabda:

Apabila seseorang telah mencapai usia empat puluh tahun, sedangkan jumlah kebaikannya belum melampaui amal buruknya, maka syaitan akan mencium anggota badan antara kedua matanya. Syaitan itu berkata, "Aku telah menebus sebuah wajah yang yang tidak akan pernah berasa bahagia".

Namun apabila Allah memberikan anugerah kepada hambaNya berupa TAUBAT, menyelamatkannya dari kesesatan dan mengeluarkannya dari kebodohan, maka syaitan berkata, " Celaka! Dia telah menjalani hidupnya dalam kesesatan. Perbuatan maksiatnya telah membuat aku bahagia. Namun Allah membebaskan dirinya dari semua itu dengan taubat dari kebodohan. Alangkah sedihnya aku".

Kesimpulannya,

Janganlah hiraukan perasaan was-was yang dibisikkan syaitan. Kembalilah untuk bertaubat kepada Allah Yang Maha Pengasih. Mudah-mudahan Allah akan menutup semua dosa dan aibmu dengan ampunanNya. 

Tuesday 7 June 2011

4 DARJAT MANUSIA

Khalil bin Ahmad menyatakan bahawa darjat manusia terbahagi kepada empat macam, iaitu:

  • manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.
  • manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang demikian sedang tertidur dan perlu dibangunkan.
  • Orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.
  • Orang yang tidak tahu dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang demikian harus dijauhi.

Dimanakah kita berada antara 4 darjat manusia?

Acknowledge your limit!!

Cerita ni mungkin dah ramai yang tau..tapi sekadar peringatan untuk kita semua supaya tidak terlalu bangga dengan ilmu yang kita ada.

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah, ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang dapat menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu berhasil mendapat orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah anda bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan professor dan ramai orang yang pintar tidak dapat menjawab pertanyaan saya.

Kiyai: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1- Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya.
2- Apakah yang dinamakan takdir?
3- Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api? Tentunya tidak akan menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai: Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya tadi.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasa sakit.

Kiyai: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!!

Kiyai: Tunjukkan pada saya mana sakit itu.

Pemuda: Saya tidak boleh.

Kiyai: Itulah jawapan pertanyaan pertama.Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai: Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai: Apakah pernah anda terfikir akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai: Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai: Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai: Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai: Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Tinggalkanlah 5 perkara

  1. tinggalkanlah pandangan yang liar, nescaya anda tekun dan khusyuk
  2. tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmah dan menjadi orang yang bijaksana
  3. tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah
  4. tinggalkanlah melihat aib orang lain, nescaya anda akan lebih mengenal aib sendiri
  5. tinggalkanlah penyelidikan yang terlampau tentang ZAT ILLAHI, nescaya anda akan terhindar dari keraguan dan kemunafikan. 
Daripada Abdullah bin Mubarak

Sunday 27 March 2011

Tanda-tanda lemahnya IMAN

  • derhaka dan melakukan dosa
  • merasa kekerasan hati seperti batu yg keras bila diletak air akan terus pecah
  • tidak tekun dlm beribadah
  • malas berbuat amal dan meremehkannya
"Apabila mereka berdiri, mereka berdiri dgn malas." (Surah an-Nisa)
  • perubahan yg terdesak
  • tidak tersentuh oleh ayat2 Quran
  • melalaikan Allah dlm berzikir dan berdoa
  • tidak mengumpul usaha untuk berdakwah