Powered By Blogger

Thursday 29 September 2011

Ternyata kita hanya Pinjaman

Coretan rasa hati yang sedikit terkilan kerana tidak berada di samping sahabat tercinta, Izyan Syazwani saat berduka.

Selasa lalu, 27 September  saya bersama seorang sahabat yang dikasihi kerana Allah sempat ziarah ke Hospital Ampang Puteri. Masya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu macam mana rasa dalam hati ni bila lihat ayah Izyan koma (sakit stroke) dalam wad ICU. Mungkin juga kerana ini adalah pertama kali melawat orang sakit, hati rasa sayu sangat. Hanya boleh berdoa supaya Allah berikan yang terbaik untuk ayahnya.Diluar ICU, kaum keluarga Izyan setia menanti.Adiknya yang bongsu masih kecil dan tidak begitu mengerti apa yang sedang terjadi. Sewaktu di sana, adiknya masih boleh berlari dan bermain dengan begitu gembira. Subhanallah....Mulianya ketetapan Allah.Allah menjadikan hati si kecil bersih tanpa ada rasa was-was dan bimbang. Tidak dapat saya bayangkan saat dia tahu ayahnya sudah dijemput terlebih dahulu.

Ternyata ziarah ke rumah sakit boleh memberi seribu pengertian dan penginsafan dalam jiwa. Buktinya, sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata dan hanya boleh menitipkan doa sahaja dari jauh. Tidak mungkin akan saya lupakan saat berada di hospital hari itu. 

Menurut Izyan, selepas pembedahan membuang sebahagian tengkorak kanan untuk mengurangkan tekanan akibat massive stroke, ayahnya terus koma.Doktor terpaksa memasang life support machine untuk membantu pernafasan. Dalam tempoh 48 jam jika ayahnya masih tidak memberi respon, mesin itu akan dicabut. Doktor juga memberitahu peluang untuk hidup sangat tipis. Kalau diizinkan hidup, akan lumpuh seumur hidup.

Tidak lega dari kejutan ziarah seribu makna ini, saya mendapat berita ayahnya telah kembali kerahmatullah jam 4.40 pagi hari rabu 28 september bersamaan 30 Syawal. Innalillahiwainna ilai hiraji'un. Meskipun tempoh 48 jam yang dianggarkan masih jauh, kita tidak dapat menolak takdir yang sudah tertulis. Ternyata sesayang mana pun kita pada seseorang, kita harus ingat ada yang lebih menyayangi mereka. Manusia hanya bisa berusaha dan berdoa. Natijahnya hanya Allah yang tahu.

Tamparan ini saya rasakan begitu kuat sehingga saya insomnia sampai ke hari ini. Kalau saya yang sebagai orang luar sudah begini, bagaimana agaknya sahabat saya itu. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah ayahnya dan menempatkan beliau di sisi orang-orang yang beriman. 

Buat Izyan sekeluarga,

tabahkanlah hati kalian. sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Pastinya Allah sudah menyediakan hadiah terbaik untuk awak sekeluarga.  Maaf kerana tidak berada di samping awak menemani kala ini.

Wednesday 21 September 2011

Sifat Sahabat yang Terpuji


Alhamdulillah dalam kesibukan belajar dan membuat assignment ni, ada sedikit masa dapat dicuri untuk meng'post' dan meng'update'blog. Ilmu yang sedikit ni dikongsi dari pembacaan sebuah buku Panduan Membuat Pilihan oleh Muhammad Isa Selamat. Hopefully, ada faedah yang dapat diraih bersama, Insya Allah...

Erti kata seorang sahabat itu adalah:

1. Apabila ia melayani kamu, tentu juga ia melindungi kamu
2. Apabila ia kamu jadikan sebagai sahabatmu, sudah tentu ia akan menjadi hiasan bagi dirimu
3. Apabila kamu berada dalam kekurangan, sudah tentu ia suka membantumu kalau ia orang yang mampu
4. Bersahabatlah kepada seseorang yang apabila kamu menghulurkan tanganmu untuk memberi bantuan kepadanya, ia akan terharu dan akan membalas jasa baik kamu itu pada saat kamu memerlukannya
5. Apabila ia melihat suatu kebaikan dari dirimu, tentu ia menganggapnya sangat besar dan berguna
6. Apabila ia mengetahui keburukan dari dirimu, tentu ia akan menutupinya atau memberi nasihat kepada dirimu
7. Pilihlah sahabat yang apabila kamu meminta sesuatu kepada dirinya, maka dengan mudah ia akan memberikannya
8. Apabila kamu berdiam diri, iaitu tidak mengajaknya berbicara, maka dengan segera ia memulai perbicaraan denganmu
9. Apabila kamu ditimpa suatu musibah, maka dengan segera ia menghiburmu
10. Bersahabatlah dengan orang yang apabila kamu berkata-kata, sudah tentu ia akan membenarkannya kalau dirasakan kebenarannya, begitu juga sebaliknya.Jadi bukan orang yang sentiasa mempercayai atau selalu membetulkan sahaja kata-katamu
11. Apabila kamu menghadapi suatu permasalahan, dan berusaha untuk menyelesaikan permasalahanmu itu, maka dengan segera ia ikut membantu.


P/s: jom ramai2 kita ikhlaskan dan betulkan semula niat kita dalam bersahabat!!

Tuesday 20 September 2011

Tips Cemerlang Akademik dari Al-Quran




Sebagai seorang muslim, seharusnya kita mengikut kaedah yang terbaik dari sumber Islam. Tips ini saya kongsikan dari penceramah yang juga seorang lecturer di UKM. Kalau ada yang mengenali beliau lebih dikenali sebagai Dr Azizan.

Dari ceramah beliau, jelas disimpulkan sesiapa yang mengikut Al-Quran (sbg manual lengkap seorang Muslim), ia akan mencapai kecemerlangan hakiki. Ini adalah 8 Tips Cemerlang dari Al-Quran yang dapat di ekstrak dr penyampainya.
  • perlunya hati yang bersih (boleh diperoleh dengan menajauhi maksiat)
  • ikhlas (tidak meniru/cut paste..hehe-selalu dibuat student)
  • belajar sebagai satu ibadah
  • perancangan yang rapi
  • belajar zikir dan fikir
  • menjaga syara'
  • bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu
  • dinamik - ada sifat dalaman yang TINGGI, IMEJ POSITIF, SAHSIAH DAN AKHLAK, JIHAD DAN MUJAHADAH, MENYERTAI ORGANISASI ( organisasi dakwah dan qudwah)

Khadijah di mata Rasulullah

Baru-baru ni ada berkongsi pendapat dan cerita dari seorang adik yang dikasihi kerana Allah berkaitan sirah Siti Khadijah. Seperti yang sedia maklum, Siti Khadijah adalah isteri pertama Rasulullah s.a.w. Tergerak hati nak berkongsi sedikit tentang siapa Khadijah di sisi Rasulullah s.a.w.

10 Kelebihan Khadijah lebih dari Isteri2 Rasulullah yang lain:

  • Khadijah merupakan isteri pertama dan kekasih hati Rasulullah
  • Sepanjang Khadijah masih hidup, Rasulullah tidak pernah memadukannya
  • Rasulullah tidak pernah mengambil hamba selama Khadijah masih hidup
  • Merupakan satu-satunya isteri yang memberi zuriat kepada Rasulullah
  • Sepanjang berkahwin, Rasulullah tidak pernah marah
  • Insan pertama mendirikan solat bersama nabi
  • Wanita pertama mendapat jaminan syurga
  • Wanita pertama mendapat salam daripada Allah
  • Wanita pertama termasuk dalam golongan siddiq
  • Orang pertama yang kuburnya diuruskan sendiri oleh Rasulullah
p/s: lps sharing moment ni...dgn tiba-tiba je rasa cemburu meruak-ruak dengan Khadijah. Mulianya apabila kita dimuliakan oleh insan yang dimuliakan Allah...Adakah kita tergolong dalam kelompok yang sama????

Friday 9 September 2011

Amal yang ikhlas??

Imam Nawawi ada menyebut amal yang ikhlas itu ada 3 jenis:

( IBADAH HAMBA)
- amal yang dilakukan kerana takut kepada Allah 

(IBADAH SAUDAGAR)
-amal yang dilakukan untuk mendapat syurga dan pahala

 (IBADAH YANG MERDEKA)
-amal yang dilakukan kerana malu kepada Allah dan untuk menunjukkan kesyukuran

Friday 2 September 2011

3 GOLONGAN YANG DISUMPAH DAN DIPEGANG JANJINYA

Sedikit selingan dari penyampaian Ustaz Darus Senawi murabbi yang saya hormati. Ia sekadar ingatan dan galakan kepada semua Muslim supaya rajin mengerjakan kebaikan dalam apa jua keadaan.

  • tidak akan kurang harta orang yang bersedekah kecuali akan bertambah.
         Allah akan menambah rezeki kepada orang yang bersedekah kerana-Nya. Barangsiapa yang membantu agama Allah, Allah akan membantunya dalam apa jua situasi.
  • tidak ada satu kezaliman pada seorang hamba kecuali Allah akan menambah kemuliaan padanya ('Izzah).
        Allah menggalakkan hambanya untuk berbuat kebaikan dan menghindari kemungkaran. Walaupun kadang-kadang Allah menguji seseorang hambanya dengan pelbagai musibah, ia sebenarnya adalah untuk menguji tahap kesabaran hambanya. Apabila hambanya bersabar, maka Allah akan menambah kebaikan kepadanya.
  • tiada seorang hamba itu meminta sedekah dari orang lain melainkan Allah akan membuka pintu kemiskinan padanya.
       Allah melarang hambanya daripada meminta sedekah kerana ia ibarat menjual maruah dan diri mereka sewenangnya.

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti khadijah,
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.


Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat kepada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga.


Ketika aku marah,
Ingin aku intip serpihan sabar,
Dari catatan hidup Siti Sarah.


Tabah jiwaku,
Setabah ummi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.


Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.

Trust yourself

Sekadar perkongsian. Kata-kata ni saya dapat dalam 1 buku yang kebetulan saya baca masa tengah bercuti raya di kampung. Ia adalah kata-kata rangsangan daripada seorang penulis dari barat (kalau x silap). Namanya Martevick. Kata-kata beliau ni seperti galakan utk saya supaya percaya dan yakin pada diri.

If you think you are beaten, you are.
If you think you dare not, you don't.
If you like to win, but you think you can't,
It is almost certain you won't.
If you think you'll lose, you are lost.
For out of the world we find,
Success begins with a fellow's will.
It is all in the state of mind.
If you think you are outclassed, you are.
You have got to think high to rise.
You have got to be sure of yourself before you can ever win a prize.
Life's battles don't always go to the stronger or faster man, 
but soon or late,
the man who wins is the man who think he can.