Powered By Blogger

Monday 19 March 2012

Menawan hati si kumbang....

Minggu lepas masa kelas kaunseling di universiti....tertarik dgn isu bagaimana nak jaga hati suami (dlm erti kata nak jaga spaya x balik pada ex-nya la..). ntah boleh pakai ke x petua ni.kaunselor 2 sendiri yang bgtau. maybe boleh terima coz dia sendiri adlh lelaki....hehe. pape pun ni la sedikit yg dia share.


1- jaga tidurnya
 erm......yang dpt faham kat sini based on apa yang didgri orang lelaki x suka bila tidurnya trganggu..kalau tgh tidur tu, jgn dikejut even kalau ada call masuk...biarkan aje.. (terfikir, kalau cm tu perempuan pun msti la sama kan..selalu lelaki x ske dikejut kalau tgh tidur, tapi knp wife kalau tgh tidur boleh pula kejut?? rasanya semua x suka kan kalau trganggu ms tidur??hehehe =))


2- jaga perutnya
dah biasa sgt dgr kalau nk tawan hati suami apa lagi kalau bukan air tgn sendiri...even kalau sibuk pun msti dalam sminggu 2 ada sekali msuk dapur..kalau suami bg hint suruh masak 2 wife kena jgak masak even tgh penat ssgt. masak telur pun jadi..hehe..betul ke? mungkin persepsi masing2 kot.


3- jaga tempat tidurnya
dgr mcm nak sama je dgn yang first td...tp yang ni sbnrnya brmaksud jaga keperluan batin suami...erm..rasanya x payah nak ulas pjg2 kot. mesti boleh faham sendiri kan...=8

Tuesday 29 November 2011

Petua Khusyuk dalam Solat


  • menjaga makan dan minum - pastikan ianya diambil dari sumber yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang syubahat.
  • membanyakkan sedekah terutama pada fakir miskin
  • jangan menahan buangan air besar @ kecil sebaliknya hendaklah diselesaikan dahulu hajat itu
  • mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua anggota yang wajib serta membaca doa apabila air melalui tiap-tiap anggota itu
  • memakai pakaian yang bersih lagi kemas serta bau-bauan diharuskan
  • sentiasa solat di awal waktu
  • memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh mengganggu fikiran dan hati
  • banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya
  • menyedari hakikat bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia hambanya
  • menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat segala gerak geri kita
  • cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Quran dan segala zikir
  • sebelum mengangkat takbiratul ihram hendaklah membaca surah An-Nas, selawat ke atas Nabi saw, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan
  • menumpukan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan @ berpaling semasa dalam sembahyang
  • memusatkan seluruh ingatan pada sembahyang dan melambatkan bacaan tasbih semasa dalam ruku' dan sujud
  • memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan @ persekitaran sembahyang

Saturday 19 November 2011

UBAT HATI!!


Lelaki Soleh Menurut Al-Quran dan Hadis

Dunia sekarang yang penuh pancaroba ni susah nak cari lelaki yang betul-betul boleh bimbing kita utk ke akhirat. Sedikit yang dapat dikongsi dari tazkirah maghrib di universiti
  • sentiasa TAAT kepada Allah swt dan Rasulullah saw
  • JIHAD fisabilillah adalah MATLAMAT dan program hidupnya
  • MATI SYAHID adalah cita-cita hidup yang tertinggi
  • SABAR dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah swt
  • IKHLAS dalam beramal
  • KAMPUNG AKHIRAT menjadi tujuan utama hidupnya
  • sangat TAKUT kepada ujian Allah dan ancamanNya
  • selalu memohon AMPUN atas segala dosa-dosanya
  • ZUHUD dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya
  • SOLAT malam menjadi KEBIASAANNYA
  • TAWAKKAL penuh kepada Allah swt dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
  • selalu BERINFAQ sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit
  • menerapkan NILAI KASIH SAYANG sesama MUKMIN dan UKHWAH di kalangan mereka
  • sangat kuat AMAR MAKRUF dan NAHI MUNGKARnya
  • sangat kuat memegang AMANAH janji dan RAHSIA
  • PEMAAF dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia dan sentiasa saling MENGINGATI sesama saudar dan TAWADU' kepadaNya
  • KASIH SAYANG dan PENUH PENGERTIAN kepada ibu bapa dan keluarga

Cara-cara mendalamkan lagi rasa PERSAUDARAAN

Rujukan: Ukhwah Islamiyyah (Persaudaraan Islam) 
oleh: Abdullah Nasih Ulwan

1. sekiranya seseorang itu menyukai saudaranya, beritahulah kepadanya
 Riwayat Abu Daud dan Tarmizi
 Nabi bersabda: 
 " apabila seseorang dari kalangan kamu yang menyukai saudaranya, beritahulah dia perkara tersebut,"

2. apabila berpisah, mintalah saudaranya mendoakan untuknya
 Riwayat Abu Daud dan Tarmizi
 Umar bin Al-Khattab r.a berkata:
 " satu ketika saya telah meminta izin daripada Nabi s.a.w untuk pergi mengerjakan umrah. Nabi mengizinkan saya dan bersabda: jangan lupa mendoakan kami."
 
Kata saidina Umar:
 "Itulah dia kalimat yang cukup bahagia saya mendengarnya".

3. bermanis muka apabila berjumpa
 Riwayat Imam Muslim daripada Abu Dzar r.a
 Rasulullah s.a.w bersabda:
 "janganlah kamu meremeh-remehkan perkara yang makruf meskipun sekadar bermanis muka apabila berjumpa dengan saudaranya". 

4. bersalam apabila berjumpa
 Riwayat Abu Daud daripada al-Barra' r.a
 Nabi s.a.w bersabda:
 "apabila dua orang Islam bertemu lalu bersalam-salaman, akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah".

5. sentiasa ziarah-menziarahi
 Riwayat Imam Malik dalam kitab al-Muwatta'
 Nabi s.a.w bersabda"
 "orang yang berkasih kerana-Ku, bersama-sama kerana-Ku dan membelanjakan harta kerana-Ku usdah tentu memperoleh kasih sayang-Ku". 

6. mengucapkan tahniah sempena memperolehi kejayaan
 Riwayat Al-Tabrani daripada Anas bin Malik r.a
 Nabi s.a.w bersabda:
 "sesiapa yang menemui saudaranya semata-mata untuk menggembirakannya, Allah akan menggembirakannya pula di hari kiamat nanti".

7. memberi hadiah sempena dengan sesuatu majlis tertentu
 Riwayat ad-Dailami daripada Anas bin Malik r.a
 Aisyah r.a berkata:
 "berilah hadiah, sudah tentu kamu akan saling menyayangi".

8. tolong menunaikan hajatnya
 Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a 
 Nabi s.a.w bersabda:
" sesiapa yang melepaskan seorang mukmin dari kesempitan di dunia, Allah akan melepaskan kesempitannya di hari akhirat dan sesiapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkan hidupnya di dunia dan di akhirat. Allah akan menolong hamba-Nya selagi hamba-Nya itu menolong saudaranya". 

sahabat sejati sukar dicari dan di tukar ganti!!

p/s: sayangilah sahabatmu melebihi sayangmu pada diri sendiri =)

Sunday 13 November 2011

ViRuS UkhWah



- tamak akan kenikmatan dunia
-lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama
-tidak santun dalam berbicara
-sikap acuh
-mengadakan pembicaraan rahsia (Cakap belakang)
-keras kepala, enggan menerima nasihat dan saranan
-sering membantah, berbeza sikap dan hobi, bersikap sombong dan kasar
-memberi teguran di depan orang lain
-sering menegur, tidak toleran, berfikiran negatif dan enggan memaafkan
-mudah percaya terhadap hasutan orang yang mengadu domba dan memendam dengki

Tuesday 18 October 2011

oVerComiNg StreSs- mY wAy

Penat!!! banyaknye assignment!!! Stress...........
perkara ni selalu berlaku pada kita dalam kehidupan seharian... 
susah sebenarnya nak mencari jalan keluar yang memuaskan hati masing-masing.

Semua dengan cara tersendiri..

ada yang makan coklat...katanya boleh hilang stress...
(erm...dah try tapi makin stress adalah..bila banyak makan manis-manis ni, boleh jadi hyperaktif sehari suntuk....at the end of the day....stress assignment x buat apa-apa lagi...sibuk makan coklat jer..hehe =) 

ada juga yang kena makan banyak-banyak...katanya seolah-olah kita telan sekali semua masalah kita masa makan...ye ke???
( dah try juga...tapi x la sampai hilang semua masalah..cuma sebab dah terlampau kenyang, cepat mengantuk...so jawabnye tidur je la.......esok bangun, makin tambah stress sebab berat badan NAIK...8-)

banyak lagi cara lain boleh pakai...

bagi perempuan, kebanyakannya kalau nak hilangkan stress, mesti g shopping...memang ada yang berjaya overcome stress nya...tp cara ni x berjaya dipakai oleh saya. buat apa shopping barang yang bukan keperluan....membazir..hehe

antara cara-cara yang saya cuba dan berhasil-

1) macam juga kalau waktu marah....kalau tengah duduk saya akan berdiri. kalau tengah berdiri saya akan duduk.

2) ambil wuduk sesempurna mungkin. masa berwuduk tu doa bagi Allah permudahkan segala amal perbuatan kita

3) buat larian sedikit....
kadang-kadang kita terlampau lama duduk menghadap assignment. lupa nak penuhi keperluan jasmani kita.(buat 2-3 kali pusingan pun ok)

4) don't hide your problem...
sesetengah orang sangat susah nak share perasaan dia dengan orang lain...bahaya juga kalau terlampau memendam....cari seseorang yang boleh dipercayai dan juga pendengar yang baik untuk luahkan isi hati.(x semestinya kena orang yang pandai nasihat...pendengar yang baik pun dah ok)

5) perkara ni selalu berlaku pada orang yang study hard...kadang-kadang kita kena ubah sikit karakter kita sesuai keadaan. STUDY SMART is better than remembering every single word in the book- kata-kata seorang lecturer di university...hihihi
cuba ubah cara belajar kita...dah cuba...alhamdulillah berjaya..x payah hafal sangat fakta-fakta. bila buat note pelbagaikan kaedah...

6) sentiasa SENYUM- biasakan diri dengan senyuman walaupun hati kita sedang gundah. Senyum adalah titik pemula sesebuah jati diri...kita akan develop self-esteem bila kita selalu hadapi masalah dengan senyuman...secara x langsung stress kita akan kurang...

7) paling penting, jaga HdA-hubungan dengan Allah....istighfar setiap kali baru nak mula buat assignment atau apa-apa kerja...insya Allah ada berkatnya.

p/s: jangan tunggu sampai tahap depression....bahaya...orang yang waras pun boleh fikir nak bunuh diri...ada kes teman sendiri hampir-hampir nak telan sebotol minyak cap kapak sebab dah x tahan banyak assignment dan lose hope untuk hidup. Alhamdulillah, dia masih waras dan x lupa sembahyang. 

Benarlah firman Allah dalam Quran,

"...dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang".

Thursday 29 September 2011

Ternyata kita hanya Pinjaman

Coretan rasa hati yang sedikit terkilan kerana tidak berada di samping sahabat tercinta, Izyan Syazwani saat berduka.

Selasa lalu, 27 September  saya bersama seorang sahabat yang dikasihi kerana Allah sempat ziarah ke Hospital Ampang Puteri. Masya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu macam mana rasa dalam hati ni bila lihat ayah Izyan koma (sakit stroke) dalam wad ICU. Mungkin juga kerana ini adalah pertama kali melawat orang sakit, hati rasa sayu sangat. Hanya boleh berdoa supaya Allah berikan yang terbaik untuk ayahnya.Diluar ICU, kaum keluarga Izyan setia menanti.Adiknya yang bongsu masih kecil dan tidak begitu mengerti apa yang sedang terjadi. Sewaktu di sana, adiknya masih boleh berlari dan bermain dengan begitu gembira. Subhanallah....Mulianya ketetapan Allah.Allah menjadikan hati si kecil bersih tanpa ada rasa was-was dan bimbang. Tidak dapat saya bayangkan saat dia tahu ayahnya sudah dijemput terlebih dahulu.

Ternyata ziarah ke rumah sakit boleh memberi seribu pengertian dan penginsafan dalam jiwa. Buktinya, sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata dan hanya boleh menitipkan doa sahaja dari jauh. Tidak mungkin akan saya lupakan saat berada di hospital hari itu. 

Menurut Izyan, selepas pembedahan membuang sebahagian tengkorak kanan untuk mengurangkan tekanan akibat massive stroke, ayahnya terus koma.Doktor terpaksa memasang life support machine untuk membantu pernafasan. Dalam tempoh 48 jam jika ayahnya masih tidak memberi respon, mesin itu akan dicabut. Doktor juga memberitahu peluang untuk hidup sangat tipis. Kalau diizinkan hidup, akan lumpuh seumur hidup.

Tidak lega dari kejutan ziarah seribu makna ini, saya mendapat berita ayahnya telah kembali kerahmatullah jam 4.40 pagi hari rabu 28 september bersamaan 30 Syawal. Innalillahiwainna ilai hiraji'un. Meskipun tempoh 48 jam yang dianggarkan masih jauh, kita tidak dapat menolak takdir yang sudah tertulis. Ternyata sesayang mana pun kita pada seseorang, kita harus ingat ada yang lebih menyayangi mereka. Manusia hanya bisa berusaha dan berdoa. Natijahnya hanya Allah yang tahu.

Tamparan ini saya rasakan begitu kuat sehingga saya insomnia sampai ke hari ini. Kalau saya yang sebagai orang luar sudah begini, bagaimana agaknya sahabat saya itu. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah ayahnya dan menempatkan beliau di sisi orang-orang yang beriman. 

Buat Izyan sekeluarga,

tabahkanlah hati kalian. sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Pastinya Allah sudah menyediakan hadiah terbaik untuk awak sekeluarga.  Maaf kerana tidak berada di samping awak menemani kala ini.

Wednesday 21 September 2011

Sifat Sahabat yang Terpuji


Alhamdulillah dalam kesibukan belajar dan membuat assignment ni, ada sedikit masa dapat dicuri untuk meng'post' dan meng'update'blog. Ilmu yang sedikit ni dikongsi dari pembacaan sebuah buku Panduan Membuat Pilihan oleh Muhammad Isa Selamat. Hopefully, ada faedah yang dapat diraih bersama, Insya Allah...

Erti kata seorang sahabat itu adalah:

1. Apabila ia melayani kamu, tentu juga ia melindungi kamu
2. Apabila ia kamu jadikan sebagai sahabatmu, sudah tentu ia akan menjadi hiasan bagi dirimu
3. Apabila kamu berada dalam kekurangan, sudah tentu ia suka membantumu kalau ia orang yang mampu
4. Bersahabatlah kepada seseorang yang apabila kamu menghulurkan tanganmu untuk memberi bantuan kepadanya, ia akan terharu dan akan membalas jasa baik kamu itu pada saat kamu memerlukannya
5. Apabila ia melihat suatu kebaikan dari dirimu, tentu ia menganggapnya sangat besar dan berguna
6. Apabila ia mengetahui keburukan dari dirimu, tentu ia akan menutupinya atau memberi nasihat kepada dirimu
7. Pilihlah sahabat yang apabila kamu meminta sesuatu kepada dirinya, maka dengan mudah ia akan memberikannya
8. Apabila kamu berdiam diri, iaitu tidak mengajaknya berbicara, maka dengan segera ia memulai perbicaraan denganmu
9. Apabila kamu ditimpa suatu musibah, maka dengan segera ia menghiburmu
10. Bersahabatlah dengan orang yang apabila kamu berkata-kata, sudah tentu ia akan membenarkannya kalau dirasakan kebenarannya, begitu juga sebaliknya.Jadi bukan orang yang sentiasa mempercayai atau selalu membetulkan sahaja kata-katamu
11. Apabila kamu menghadapi suatu permasalahan, dan berusaha untuk menyelesaikan permasalahanmu itu, maka dengan segera ia ikut membantu.


P/s: jom ramai2 kita ikhlaskan dan betulkan semula niat kita dalam bersahabat!!