Powered By Blogger

Saturday 19 November 2011

Cara-cara mendalamkan lagi rasa PERSAUDARAAN

Rujukan: Ukhwah Islamiyyah (Persaudaraan Islam) 
oleh: Abdullah Nasih Ulwan

1. sekiranya seseorang itu menyukai saudaranya, beritahulah kepadanya
 Riwayat Abu Daud dan Tarmizi
 Nabi bersabda: 
 " apabila seseorang dari kalangan kamu yang menyukai saudaranya, beritahulah dia perkara tersebut,"

2. apabila berpisah, mintalah saudaranya mendoakan untuknya
 Riwayat Abu Daud dan Tarmizi
 Umar bin Al-Khattab r.a berkata:
 " satu ketika saya telah meminta izin daripada Nabi s.a.w untuk pergi mengerjakan umrah. Nabi mengizinkan saya dan bersabda: jangan lupa mendoakan kami."
 
Kata saidina Umar:
 "Itulah dia kalimat yang cukup bahagia saya mendengarnya".

3. bermanis muka apabila berjumpa
 Riwayat Imam Muslim daripada Abu Dzar r.a
 Rasulullah s.a.w bersabda:
 "janganlah kamu meremeh-remehkan perkara yang makruf meskipun sekadar bermanis muka apabila berjumpa dengan saudaranya". 

4. bersalam apabila berjumpa
 Riwayat Abu Daud daripada al-Barra' r.a
 Nabi s.a.w bersabda:
 "apabila dua orang Islam bertemu lalu bersalam-salaman, akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah".

5. sentiasa ziarah-menziarahi
 Riwayat Imam Malik dalam kitab al-Muwatta'
 Nabi s.a.w bersabda"
 "orang yang berkasih kerana-Ku, bersama-sama kerana-Ku dan membelanjakan harta kerana-Ku usdah tentu memperoleh kasih sayang-Ku". 

6. mengucapkan tahniah sempena memperolehi kejayaan
 Riwayat Al-Tabrani daripada Anas bin Malik r.a
 Nabi s.a.w bersabda:
 "sesiapa yang menemui saudaranya semata-mata untuk menggembirakannya, Allah akan menggembirakannya pula di hari kiamat nanti".

7. memberi hadiah sempena dengan sesuatu majlis tertentu
 Riwayat ad-Dailami daripada Anas bin Malik r.a
 Aisyah r.a berkata:
 "berilah hadiah, sudah tentu kamu akan saling menyayangi".

8. tolong menunaikan hajatnya
 Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a 
 Nabi s.a.w bersabda:
" sesiapa yang melepaskan seorang mukmin dari kesempitan di dunia, Allah akan melepaskan kesempitannya di hari akhirat dan sesiapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkan hidupnya di dunia dan di akhirat. Allah akan menolong hamba-Nya selagi hamba-Nya itu menolong saudaranya". 

sahabat sejati sukar dicari dan di tukar ganti!!

p/s: sayangilah sahabatmu melebihi sayangmu pada diri sendiri =)

No comments:

Post a Comment